Pay Pal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Sunday, September 16, 2012

Makluman

Assalamualaikum

Kelmarin saya dapat makluman dari senior kita M Ropi bahawa cikgu Ariffin BJusoh kena angin ahmar. Hari ini saya pergi menziarahinya dan keadaan sangat uzur. Kalau kawan-kawan masih ingat beliau adalah guru BM dan lukisan kita pada masa dahulu. Beliau pencen awal semasa mengajar diSekolah Menengah Kebangsaan Bukit Tunggal. Semasa saya sampai beliau sedang berehat diatas kerusi roda diluar rumahnya (dikenali rumah murah dulu-dulu tapi kini dah banyak ubah suai) di Kampung Telaga Daing, Seberang Takir.

Saya memberi salam dan beliau terus menghulur tangan lantas menyambut dan mencium secara spontan. Tanpa sedari mataku tergenang air mata. Beliau telah beberapa tahun kena angin ahmar, tak boleh bercakap tapi boleh melihat, mendengar dan ketawa/senyum. Beliau hanya minum susu sahaja melalui saluran/wayar. Kini pihak hospital ada datang membuat terapi setiap dua minggu selain hari-hari oleh ahli keluarganya. Usia beliau kira-kira 64 tahun.

Wajahnya ceria apabila saya memperkenalkan diri dan memberitahu adalah anak didiknya lebih 30 tahun lalu. Saya terus bercerita bahawa dengan tunjuk ajarnya saya masih melukis sekali sekala dan pencapaian dalam lukisan semasa SRP dan SPM adalah A2, BM A1. Walau pun dalam kelas sains tetapi lukisan tetap pilihan saya, buang matematik tambahan kerana yakin dapat score dan malas nak membaca. Lagi pun matematik tambahan yang mahir pada masa itu adalah janjang geometri jer. Lebih kurang setengah jam saya meminta izin mengundur diri sampai bersalam dan mengucapkan 'JASA CIKGU TETAP DIKENANGKAN'. Marilah kita sama-sama doakan agar beliau kembali sihat. Amin

Kepada kawan-kawan yang ada kelapangan atau kebetulan lalu kesana jalan ke Teluk Ketapang dari selekoh kampung Telaga Daing selepas kedai air buah gelas besar. Depan rumahnya tepi pagar ada warung menjual ABC, keropok goreng oleh anaknya pergilah menziarahinya. Saya terlupa nak berfoto dengannya. Kalau sesiapa tahu alamatnya boleh masukkan kat komen dibawah ini. Saya pergi pun tanya M Lazin setelah dapat gambaran kebetulan tanya anaknya yang sedang menjual didepan rumahnya.

Monday, September 10, 2012

Kisah Bendera-Bersaudarakah kita?

Diambil dari email Roslan Mohd Chainz_of_Frenz@yahoogroups.com setakat mana kebenarannya saya tidak tahu.


[Dr. Hafidzi, 2011] Jalur merah dan putih boleh dikesan sejak zaman Empayar Majapahit (kurun ke 7 hingga 14M. Bahkan Sri Vijaya juga dikesan menggunakan bendera yang berwarna merah dan putih tetapi dalam bentuk matahari terbit (macam bendera Imperial Japan - bendera Jepun zaman Perang).

Dan ada juga sumber yang menunjukkan bendera Sri Vijaya ada lambang Swastika (Hindu) dan Ying Yang (Buddha) - Wallahu a'lam.

Apabila Islam menjadi anutan dan kerajaan Majapahit diwarisi oleh Kerajaan Islam Demak, warna putih dan merah itu kekal tetapi diberi tafsiran Islami (oleh Prof Ahmad Mansur Suryanegara) yang mengaitkannya dengan perang khandak dan cahaya putih dan merah yang terpancar apabila batu besar yang diketuk oleh Nabi SAW menggambarkan istana merah (Kisra) dan istana puteh (Kaisar).

Tuesday, September 4, 2012

AL-FATIHAH

ASSALAAMUALAIKUM.
 Flashback-Arwah Pok Ya (dalam bulatan) pada 24 Sept 2009
Flashback 0n 24/9/2009
DIMAKLUMKAN RAKAN SEPERJUANGAN SEKOLAH SIF DULU KELAS SAINS ZAKARIA B MOHAHAMAD (YA BLACK) TELAH KERAHMATULLAH DIHOSPITAL BESAR KUALA TERENGGANU SEBENTAR TADI SEKITAR JAM 11PAGI KERANA SAKIT BUAH PINGGANG. BELIAU TELAH DIMASUKK 2 HARI LEPAS. SESIAPA ADA KELAPANGAN BOLEH MENZIARAHINYA DI 4522 KG. TANJUNG BUNUT, MANIR, 21200 K.TRG. TEL 09-6152633/019-9840191. (SELEKOH KG. TANJUNG BUNUT, RUMAHNYA TEPI KUBUR).

Dikebumikan selepas solat asar di tanah perkuburan sebelah rumahnya.
AL-FATIHAH sedekahkan kepada rohnya. Semua Allah mengampuni dosa-dosanya dan ditempatkan bersama para solihin. Amin
 Jenazah arwah baru sampai dari hospital
 Dari kiri Wahab Said dan Azman Yahya
Rumah arwah
Nostalgia. Arwah (dalam bulatan) semasa di tingkatan 4 pada 12 Jul1979 di SIF belakang bangunan menghadap padang tepi pagar pokok zaitun.
Beliau adalah salah seorang AJK reunion dan semasa hayatnya banyak membantu dalam menjayakan pertemuan, mesyuarat dan juga dari segi kewangan. Saya pernah berjumpanya setahun lepas dan selepas itu pernah juga menelefonnya. Dalam perbualan dia menyatakan ada sakit-sakit sikit sejak kemalangan dari KL dimana kereta BMW terbabas akibat jalan licin dan laju katanya, ketika itu dia bersama anaknya. Apa yasng terkilan beberapa kali juga dia menelefon saya bertanyakan bila nak buat reunion lagi, saya katakan tahun depan. Untuk dua tahun lepas dan kini saya juga tak ada masa. Ada sesiapa yang start tahun depan disilakan. Apa citer komen ajk-ajk senyap dan sepi ni?